Monday, July 27, 2009

Perginya Seorang Pemimpin ( Idola Ku )

Assalammualaikum.....

Tergerak rasenye nak menulis kembali, tapi agak susah untuk menyusun kata2 kerana mungkin
di sebabkan aku jarang menulis agaknya. kali nie nukilan aku mungkin bersambung-sambung,coz aku nak tulis semua pasal BELIAU yang telah membentuk diri ini.
Sejak sekian lama BELIAU menderita menahan kesakitan dan melawan dugaan untuk terus sihat
dan kuat seperti yang dimahukan oleh ahli keluarga yang lain. Seingat aku dah lebih 5 tahun BELIAU menderita pelbagai penyakit dan dalam masa tersebut sudah 3 kali BELIAU bertarung nyawa mengadap saat2 nazak. Namun bertapa cekal dan kuatnya hati BELIAU tak pernah aku melihat air matanya mengalir,Mungkin BELIAU tak mahu anak2 nya berasa bimbang akan penderitaannya.
Namun pada 8 Julai 2009 saat nazaknya yang ke 4, BELIAU tidak mampu lagi untuk terus bertarung kerana sudah tertulis takdirnya pergi saat itu. BELIAU pergi semasa dalam perjalanan
ke hospital dengan menaiki ambulan. Hanya abg ku sahaja yang berada di sisinya. Menurut pihak hospital punca Arwah Meninggal adalah disebabkan darah rendah.
Pemergian BELIAU sangat2 dirasai oleh ku kerana BELIAU adalah seorang Bapa,Pemimpin dan idola ku yang tiada galang gantinya. Bagi ku tiada pemimpin yang dapan menandingi kepimpinannya. Pemergian BELIAU tanpa sempat aku membalas jasa BELIAU. Malah aku tiada di sisi BELIAU semasa saat2 akhir beliau, aku tidak sempat memohon maaf. Aku sgt berharap agar dosa2 ku dapat di ampun oleh Beliau.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman. Ya ALLAH ya tuhan ku, KAU ampunilah dosa2 ayah ku, KAU tempatkan lah ayah ku di kalangan org2 beriman, KAU hindarilah ayah ku dari siksaan kubur dan azab api neraka dan KAU terangilah kuburnya dengan cahaya2 MU. Aminnnnnnnn...
( Bersambung ...tapi tak tau bile... )

Thursday, July 2, 2009

Kenduri Lagi.......






Salam.

Hahahahah akhirnya semangat nak menulis ade kembali. dah sebulan rasenye tak update
blog nie.. ini pun aku update kat opis, klu nak update kat umah jangan harap la bleh coz nafsu
main game lebih kuat. heheheh betape teruknya ketagihan game.

Sebenarnye aku nak cite pasal kenduri kawen,rasenye tak ilang lagi penat kenduri kawen aku
ari tu. Sekarang dia datang lagi,tapi kali nie adik ipar aku plak kawen. Oleh kerana aku nie kire abang ipar sulung so aku kene le ambil berat pasal nie, klu takat datang makan ape nanti ape lak kate mak mertua hehehehe.

Klu ikutkan aku, aku nak datang makan je n tengok2 tak lah penat. hehehehe. Tapi awal2 lagi dah dapat tugas jadi jurukamera n penyambut tatamu. Agak2 cam ne le aku nak kenal sedare mare mertua aku tu kan.. hehehhee

Ok lah, sekarang aku kenal kan, keluarge mertua aku. Yang nak kawen nie adik ipar aku, pakai baju dalam gambar atas sekali. Nama dia lela budak USIM, lum abis lagi study dah nak kawen
heheheh gatal kan... Ape2 pun aku ucapkan selamat pengantin baru. hehehe sebenarnya dia kawen bersebab n penting la gak.

Gambar no 2 plak, yang duduk tu adik ipar aku gak Mat Diah name dia n sebelah dia tu isteri dia lah. sekarang dia org dah ade anak Arshad namenye. Tapi aku tak tengok lagi anak sedare aku tu. hehehe

Sekarang gambar ke tiga, lelaki yang bergaya pakai baju ungu n wanita cool sebelah dia pakai baju ungu gak tu mak n bapak mertua aku hehehhe.. dia org nie keje kat kedah tapi kenduri buat kat JB tu yang jd penat tu.. tapi tak pe asal majlis berjalan lancar syukur lah.

k lah aku nak sambung keje, ade dapat projek baru kene wat proposel. Nanti aku cite lagi.
byeeeeeeeeeeeee