Monday, July 27, 2009

Perginya Seorang Pemimpin ( Idola Ku )

Assalammualaikum.....

Tergerak rasenye nak menulis kembali, tapi agak susah untuk menyusun kata2 kerana mungkin
di sebabkan aku jarang menulis agaknya. kali nie nukilan aku mungkin bersambung-sambung,coz aku nak tulis semua pasal BELIAU yang telah membentuk diri ini.
Sejak sekian lama BELIAU menderita menahan kesakitan dan melawan dugaan untuk terus sihat
dan kuat seperti yang dimahukan oleh ahli keluarga yang lain. Seingat aku dah lebih 5 tahun BELIAU menderita pelbagai penyakit dan dalam masa tersebut sudah 3 kali BELIAU bertarung nyawa mengadap saat2 nazak. Namun bertapa cekal dan kuatnya hati BELIAU tak pernah aku melihat air matanya mengalir,Mungkin BELIAU tak mahu anak2 nya berasa bimbang akan penderitaannya.
Namun pada 8 Julai 2009 saat nazaknya yang ke 4, BELIAU tidak mampu lagi untuk terus bertarung kerana sudah tertulis takdirnya pergi saat itu. BELIAU pergi semasa dalam perjalanan
ke hospital dengan menaiki ambulan. Hanya abg ku sahaja yang berada di sisinya. Menurut pihak hospital punca Arwah Meninggal adalah disebabkan darah rendah.
Pemergian BELIAU sangat2 dirasai oleh ku kerana BELIAU adalah seorang Bapa,Pemimpin dan idola ku yang tiada galang gantinya. Bagi ku tiada pemimpin yang dapan menandingi kepimpinannya. Pemergian BELIAU tanpa sempat aku membalas jasa BELIAU. Malah aku tiada di sisi BELIAU semasa saat2 akhir beliau, aku tidak sempat memohon maaf. Aku sgt berharap agar dosa2 ku dapat di ampun oleh Beliau.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman. Ya ALLAH ya tuhan ku, KAU ampunilah dosa2 ayah ku, KAU tempatkan lah ayah ku di kalangan org2 beriman, KAU hindarilah ayah ku dari siksaan kubur dan azab api neraka dan KAU terangilah kuburnya dengan cahaya2 MU. Aminnnnnnnn...
( Bersambung ...tapi tak tau bile... )

No comments:

Post a Comment